Badrul CEO baru TDM
26 Feb 2008
TDM Plantation tanam sawit di Kalimantan
1 Jan 2008
 
 
 
         
   
 
   
  Penstrukturan GLC hasilkan untung Terengganu Inc
  23 Dec 2007 | Source: Berita Harian
 

KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan proses rasionalisasi melalui penstrukturan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik negeri di bawah pentadbiran Terengganu Inc mula menampakkan hasil memberangsangkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pelepasan pegangan saham dalam Jasa Marin Sdn Bhd (Jasa Marin) sebanyak 70 peratus kepada AQL Aman Sdn Bhd (AQL) bagi penstrukturan semula turut menjana pendapatan lebih berbaik berbanding ketika syarikat itu dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri dua tahun lalu.

"Ia jelas dengan pembayaran keuntungan tahun ini sebanyak RM900,000 walaupun dengan pegangan sebanyak 30 peratus berbanding perolehan kurang RM700,000 setahun ketika menguasai penuh saham Jasa Marin.

"Kita mengharapkan dividen diperoleh meningkat hingga lebih RM1 juta tahun hadapan dengan peningkatan antara RM100,000 hingga RM200,000 melalui pengkorporatan itu," katanya pada majlis penyerahan dividen sebanyak RM900,000 oleh Jasa Marin di Wisma Darul Iman, di sini.

Dividen itu diserahkan, Naib Pengerusi Eksekutif Jasa Marin, Abdul Rahman Ali.

Terengganu melepaskan pegangan saham dalam Jasa Marin kepada AQL sebanyak 70 peratus dengan bayaran RM34 juta pada 2005.
"Inilah baiknya rasionalisasi kerana kita tidak ada kepakaran dan kita tak mampu membuat suntikan modal kepada syarikat.

"Apa yang dilihat ia adalah sebahagian daripada kejayaan penubuhan Terengganu Inc sebagai agensi pelaburan kerajaan negeri dalam memberi keuntungan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Idris berkata, RM4 juta diperuntukkan kerajaan negeri dalam menjayakan permasyhuran Kuala Terengganu sebagai bandar raya dan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 1 Januari ini. Bagi memeriahkan sambutan itu katanya, pertunjukan bunga api akan dilakukan di empat tempat iaitu di Manir, Gong Badak dan Chendering selain pertunjukan utama di Dataran Shahbandar.

 

   
 
  Home | About Us | Investment | Newsroom | Contact Us Copyright © Terengganu Inc 2008. All Rights Reserved | Powered by EPICT