Business-Blog

Terengganu Inc Agih Bantuan Zakat Sebanyak RM275,000 kepada Golongan Asnaf dan Fakir

KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc telah menyalurkan zakat perniagaan sejumlah RM275,000 kepada golongan asnaf, fakir dan penerima layak lain.

Penyaluran zakat yang bermula sejak pertengahan tahun 2022 tersebut adalah hasil persetujuan Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc untuk menggunakan sebahagian daripada zakat perniagaan untuk diserahkan kepada golongan yang layak.

Antara penyerahan yang telah dibuat daripada jumlah tersebut seperti pengagihan bantuan kepada warga asnaf, fakir dan ibu tunggal sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

Terengganu Inc menerusi inisiatif Jejak Ramadhan turut mengagihkan bakul makanan serta wang zakat kepada 50 keluarga asnaf di sekitar DUN Ajil serta penerima layak yang mempunyai anak ‘Cerebral Palsy’ (terlantar) di Kuala Terengganu.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, pihaknya jelajah zakat dengan penyerahan zakat kepada 45 orang ibu tunggal d i Perumahan Desa Keluarga Kuala Terengganu di DUN Batu Buruk.

“Hasil kerjasama bersama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu ini telah diadakan bagi meringankan beban kos harian dalam menghadapi kehidupan sebagai pemimpin keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Zakat Kepada Ibu Tunggal Desa Keluarga Kuala Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal Kuala Terengganu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah YPKT, Zahanapi Sagaf.demikian semasa Majlis Penyerahan Zakat Kepada Ibu Tunggal Desa Keluarga Kuala Terengganu di Kompleks Ibu Tunggal Kuala Terengganu.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah YPKT, Zahanapi Sagaf.

Back